Terms and Conditions

  • iZZ’Y Homestay memberi keutamaan untuk tetamu beragama ISLAM sahaja.
  • Sebarang perbuatan menyalahi hukum ISLAM dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah DILARANG sama sekali.
  • Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan, atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan bukan MAHRAM yang belum berkahwin tidak diterima menginap disini.
  • Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam RM secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay ketika daftar masuk.
  • Bayaran DEPOSIT sebanyak RM50.00 dikenakan dan akan dipulangkan sewaktu Check Out setelah diperiksa bilik. Deposit ini tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan di buat. Kami berhak menerima penyewa lain sekiranya bayaran deposit tidak dibuat untuk tempahan.
  • Masa masuk (check in) adalah 2:00 petang dan keluar (check out) 12:00 tengahari. Tiada diskaun diberikan jika anda masuk lewat dan keluar awal. Tetamu hendaklah mematuhi waktu berkenaan memandangkan kami mempunyai tetamu yang lain selepas itu.
  • Tetamu DILARANG membawa haiwan peliharaan
  • Makanan dan minuman halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay. Minuman keras /alkohol / penyalahgunaan DADAH adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Menjaga kebersihan homestay dan kawasan persekitarannya. Buang sampah ke dalam tong yang disediakan.
  • Keselamatan anda dan barangan anda adalah penting dan kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan, kehilangan atau kerosakan. Oleh itu anda dinasihatkan:
  1. Tidak  membawa barangan berharga bersama 
  2. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.
  3. Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan. Sila pastikan kipas dan lampu ditutup bila meninggalkan rumah.
  • Tetamu TIDAK DIBENARKAN membawa keluar sebarang peralatan dan kelengkapan rumah tanpa kebenaran pihak iZZ’Y Homestay.
  • Ganti rugi akan dikenakan sekiranya terdapat kehilangan peralatan dan kelengkapan rumah. Potongan ke atas deposit atau tuntutan lain  akan dikenakan kepada Tetamu.
  • Sila jaga alatan/perabot di dalam homestay seperti anda berada di rumah sendiri. Jika rosak, kami berhak meminta ganti rugi.
  • Maksimum tetamu dengan bayaran yang telah ditetapkan adalah 10 orang dewasa sahaja. Sekiranya bilangan tetamu melebihi sila maklumkan kepada kami dan caj utiliti RM5 seorang semalam akan dikenakan.
  • MENCURI adalah satu kesalahan. Kami akan melaporkan kepada pihak polis jika berlaku keadaan sedemikian. Kami juga berhak mendakwa penyewa jika berlaku kecurian.


PENAFIAN:
PIHAK PENGURUSAN IZZ'Y HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI.

No comments:

Post a Comment