Thursday, March 24, 2016

Assalamualaikum.. 


Syukur kehadrat Allah S.W.T, iZZy Homestay dah 4 tahun beroperasi dan masih lagi menerima tetamu muslim sehingga kini 2016 dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Brunei. Alhamdulillah...

Lama sungguh Admin tidak menulis disini bukan apa, sibuk dengan aktiviti seharian. In Shaa Allah jika di izinkan Allah S.W.T, kami akan menambah bilangan homestay pada masa akan datang. Jadi kami harap pelanggan kami samada baru atau tetap sudi lagi memilih homestay kami supaya perancangan kami berjalan lancar dengan izin dari yang maha kuasa. In Shaa Allah.

Okay, sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi kami di talian, sms, whatapps, atau email.
 
Terima Kasih.
012-9613726 (En. Ramly) / 010-4023726 (Pn. Lyza)

Wednesday, April 1, 2015

Assalamualaikum.. 


Syukur kehadrat Allah S.W.T, iZZy Homestay masih lagi beroperasi dari tahun 2012 sehingga kini.
Pengalaman menjalankan perniagaan ini begitu berharga buat kami. Pada bulan Dec tahun lalu (2014) homestay kami dilanda banjir yang mengakibatkan kerugian yang agak besar buat kami tetapi dengan berkat kesabaran dan kesungguhan, homestay kami masih diteruskan. Terima kasih yang tidak terhingga buat pengurusan homestay dan juga semua pelanggan-pelanggan kami yang masih sudi menyokong kami hingga ke hari ini.

Insyallah kami akan menaik taraf homestay kami dari masa ke semasa. Harga kami setakat ini adalah yang paling rendah dengan kualiti homestay yang pastinya memuaskan. Insyallah.

Kami mengalakkan tempahan awal terutama pada hari cuti umum atau cuti sekolah.
Deposit RM50 per malam diperlukan untuk menempah.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi kami di talian, sms, whatapps, atau email.

012-9613726 (En. Ramly) / 010-4023726 (Pn. Lyza)
admin@temerloh-homestay.com


Gambar Terbaru 2015



Thursday, April 17, 2014

                                                                  Assalamualaikum.. 

Untuk makluman kami masih beroperasi seperti biasa pada tahun 2014 ini sebagai rumah tamu atau homestay dengan itu kesudian anda untuk menginap di sini amatlah kami alu-alukan.

Kami juga amat mengalakkan tempahan awal. Deposit RM50 per malam diperlukan untuk
tujuan tempahan.

Untuk pengetahuan, harga kami masih lagi di antara yang terendah setakat ini dengan itu kami tidak menawarkan sebarang pengurangan harga sekiranya tarikh yang dipohon jatuh pada musim cuti umum dan perayaan.

Sekian Terima Kasih.


Monday, August 19, 2013

Assalamualaikum.. 

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman blog kami.
Sehingga kini izz'y homestay masih lagi beroperasi sebagai rumah istirehat untuk tetamu muslim yang berkunjung ke Temerloh. 

Homestay kami menawarkan harga paling rendah dengan kualiti homestay yang pastinya memuaskan hati pengunjung insyaallah.

Hubungi kami di talian, sms atau email untuk tempahan dan pertanyaan. Tempahan awal amatlah digalakkan. Terima Kasih.


012-9613726 (En. Ramly) / 010-4023726 (Pn. Lyza)
admin@temerloh-homestay.com

Gambar terbaru 2013

Tuesday, September 18, 2012

Assalamualaikum.. 

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman blog kami.
Kami menawarkan rumah sewaan harian atau homestay bagi anda yang ingin menginap di Temerloh Pahang.  Lokasinya amat stategik kerana berhampiran dengan bandar dan Hospital Besar Temerloh. Kami menyediakan sebuah rumah yang selesa dengan kemudahan dan suasana rumah untuk anda beristirehat dengan tawaran harga yang amat berpatutan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi kami di talian, sms atau email:


012-9613726 (En. Ramly) / 010-4023726 (Pn. Lyza)
admin@temerloh-homestay.com

Pandangan Hadapan Izz'y Homestay. Dibelakang adalah Kuaters Kakitangan Hospital HOSHAS. Sila berurusan dengan penjaga homestay dirumah bersebelahan (kiri homestay) bagi pengambilan dan serahan kembali kunci berserta baki bayaran.


 Sila patuhi waktu urusan yang telah ditetapkan. Kerjasama anda amatlah kami hargai.